22 Dis 2012

AFF Suzuki Cup Final 2012 - Singapura VS Thailand



Perlawanan Final AFF Suzuki Cup 2012 diantara Singapura dan Thailand akan berlangsung pada Sabtu 22 Disember 2012. Siapa agaknya yang akan jadi pemenang? Setelah kegagalan Skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan pada edisi lepas, kini giliran pasukan baru lagi untuk menjulang kejuaraan bagi edisi tahun 2012.

Singapura buat masa ini mempunyai kelebihan dari segi agregat iaitu  menang ke atas pasukan Thailand pada pusingan pertama, 3-1. Walau bagaimanapun dalam perlawanan timbal balik ini, sudah semestinya pasukan Thailand yang bermain di halaman sendiripasti akan menjanjikan persembahan yang mantap di depan ribuan penyokong.

Apapun, kita tunggu dan lihat siapa yang bakal memenangi edisi AFF Suzuki Cup  tahun 2012. Jangan lupa mengikuti siaran langsung di RTM 1 jam 8.00 malam bagi penduduk Malaysia.

KEPUTUSAN

Thailand (1) - Singapura (0)

Singapura berjaya memenangi Piala AFF Suzuki bagi tahun 2012 setelah menang agregat 3-2. Tahniah buat skuad Singapura


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...