22 Dis 2012

Hidupan Laut Aneh Untuk dijual?

Beberapa minggu lepas saya telah ke pasar ikan untuk membeli ikan. Namun, apa yang mengejutkan diri saya ialah, bertemu dengan spesis hidupan laut  yang bagi saya amat pelik. 




Dengan saiz sepanjang 1 kaki, hidupan laut  yang dipamer di gerai ikan tersebut menarik ramai pengunjung yang berpusu-pusu ingin melihat hidupan laut tersebut. Saya sempat mengambil 2 gambar ikan tersebut yang tidak diketahui namanya. Bentuk fizikalnya berwana seperti udang yang telah direbus dan dilindungi cengkerang seperti udang di bahagian kepalanya.



Agaknya apa nama hidupan laut ini? Misteri..


P/S: Siapa yang dapat bagi tahu saya nama hidupan laut ini dengan link maklumat hidupan ini, Komen PERTAMA yang jawapannya memuaskan hati saya, dapat hadiah topup Rm10/- . Nak tak sahut cabaran? Jangan lupa tinggalkan email untuk dihubungi manalah tahu anda pemenang.



4 ulasan:

Post Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...