Pada Oktober 2011, Mahkamah Daerah Jakarta Timur telah mengumumkan hukuman penjara tiga bulan dengan tempoh percubaan enam bulan kerana menyerang Dewi yang juga penyanyi dangdut dan aktres.
Kedua-duanya yang mempunyai reputasi suka berbalah, terlibat dalam satu pergaduhan semasa mereka menjalani sesi penggambaran filem seram, Arwah Goyang Kerawang.
Dewi telah membuat laporan kepada polis mendakwa Jupe telah menyerangnya, namun kedua-duanya berdepan perbicaraan berhubung insiden terbabit. Dewi dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan empat bulan percubaan Mac tahun ini.
Defendan telah mengemukakan rayuan namun telah ditolak oleh mahkamah dan meluluskan rayuan pendakwa raya. Kedua-duanya kemudian memfailkan rayuan akhir kepada Mahkamah Tinggi.
Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut telah dibuat oleh sekumpulan hakim yang diketuai Artidjo Alkostar.
Sumber: Berita Harian 16/12/2012
P/S: Artis oh artis... Sentiasa penuh dengan cerita yang hangat.
bro, kalo nak pembaca komen enrti kita, join dan ping entri kat geng blogger kat facebok..pastu jangan letak word verification kat bahagian komen sbb pembaca susah nak komen nanti.
BalasPadamNick Nashram : Thanx so much. Tips yang amat berguna.
BalasPadam