15 Dis 2012

Raja Buah?






Raja buah? Pasti tidak asing lagi kepada anda. Ya... Itu dia, buah bermusim.. Buah durian! Tergerak rasa hati nak bercerita pasal buah durian tatkala semenjak dua menjak ni ternampak ramai orang mula menjual buah durian di tepi-tepi jalan, gerai, pasar malahan dekat supermarket pun ader menjual. Harga tak payah cerita. Memang antara yang termahal jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain.

Kalau nak cerita, buah durian ni ada berbagai-bagai jenis. Sejujurnya, saya pun tak dapat nak namakan semua sebab durian sekarang dah banyak yang baka kawen. Tapi yang pasti rasanya yang lemak dan manis, pasti membuatkan pengemar durian ketagih nak makan durian.

Sedikit fakta mengenai durian yang saya petik dari wikipedia.  Macamana buah durian dapat gelaran raja buah? Sebabnya kerana buah ini amat terkenal di asia tenggara dan pastinya amat digemari oleh penduduk tempatan. Buah durian dikatakan mampu membesar sehingga bersaiz 30cm dan mampu mencapai berat 3kg.

Aromanya yang sememangnya kuat dan menusuk mampu dihidu walaupun dari jarak yang jauh.  Walau bagaimanapun, persepsi seseorang tentang buah ini memang berbeza. Bagi yang suka kan buah ni akan mengatakan bau nya harum dan sebaliknya kalau memang tak suka makan sudah tentu la busuk.

Yang menariknya, bagi penduduk di asia tenggara contohnya Malaysia, Brunei, Thailand, Indonesia dan Filipina, buah durian selain dimakan begitu sahaja, juga digunakan sebagai ramuan dalam masakan. Hebat tak? Contoh paling senang tempoyak.

Makan buah durian ni, memang akan menyebabkan panas badan dan kalau dah makan banyak sangat tu, boleh demam juga. Ada satu petua yang saya dapat, lepas makan buah durian, makan sekali buah manggis. Mengapa? Dikatakan buah manggis ini adalah buah yang sejuk. Jadi kalau dah makan buah yang panas, campur buah yang sejuk, badan kurang panas. Jadi tak perlu risau demam lepas makan buah durian. 

Walau bagaimana pun, terdapat larangan apabila dah makan buah ni. Kira macam pantang larang lah.  Terdapat kajian menunjukkan bahawa selepas memakan buah ini, pengambilan minuman beralkohol adalah dilarang sama sekali. Sebabnya, apabila durian dengan minuman alkohol ini bercampur, boleh menghasilkan toksin yang amat memudaratkan sekiranya berlaku didalam tubuh badan manusia. Dalam sesetengah kes, menyebabkan kematian mengejut.

Apapun, saya tak berniat untuk menakutkan sesiapa, Just nak share cerita pasal durian sebab saya memang suka makan. Apapun, yang suka makan durian, enjoy yourself.


2 ulasan:

  1. Durian memang sedap.. Lagi lagi dibuat tempoyak... Terima kasih kerana singgah

    BalasPadam
  2. eddy ipoh: makan durian ni boleh buat orang ketagih. :-)

    BalasPadam

Post Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...