9 Dis 2012

BR1M 2.0





Dah isi ker borang BR1M 2.0? Persoalan yang kerap saya dengar beberapa hari ni. Bukannya apa, kadang-kadang kita sibuk dengan tugasan sendiri atau kurang arif tentang bagaimana untuk mendapatkan bantuan tersebut, ataupun jawapan paling popular, tidak yakin sama ada boleh dapat atau tak. 

Untuk pengetahuan, BR1M 2.0 ataupun Bantuan Rakyat 1Malaysia kali ke-2 kini telah dibuka pendaftaran bermula 01 November 2012 yang lalu. 

Pihak LHDN telah memudahkan lagi urusan mereka dan orang awam. Penerima BR1M yang lalu kini tidak perlu untuk mengisi semula borang kerana secara automatik adalah layak untuk menerima BR1M ke 2.

Bagi pemohon baru, permohonan boleh dibuat secara online di https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau download borang untuk permohonan secara manual.

Kelayakan untuk memohon bantuan ini telah ditetapkan seperti berikut:

Isi rumah yang layak (RM500):

(i)       Warganegara Malaysia; 

(ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi  ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai   tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).

(iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah. 

  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia; 
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...