11 Dis 2012

CARA MUDAH MEMBAKAR KALORI - SENAMAN






Saya terfikir, betapa sukarnya untuk mendapat masa yang sesuai mahupun terluang untuk pergi bersenam. Asyik melantak, stress dengan kerja pejabat dan rehat tak mencukupi. Macamana lah nak hidup dengan gaya yang sihat?

Secara realiti, kebanyakan masa kita dihabiskan secara 'indoor' ataupun dalam rumah. Tengok TV, surf internet, atau macam saya, duduk depan PC buat blogging. Bagi yang memang kaki exercise, keep up guys! Kalau boleh, mintalah share skit tips kat ruangan komen. Tq ya.

Well.. anyway, until hari ni, syukur masih lagi dapat maintain berat badan walaupun sebenarnya dalam realiti berat tu ade la naik skit. Anyway, sedikit tips saya nak share untuk pembaca cara mudah untuk bakar kalori dengan mudah dan paling penting, dalam masa yang singkat. 15 minit? Takkan tak boleh. Cuba sedikit demi sedikit untuk luang masa sebanyak mungkin.



Tip 1 - MENGAYUH BASIKAL

Dikatakan mengayuh basikal mampu membakar 100 kalori dalam 10 minit kayuhan. Boring nak kayuh seorang, jadikan lah aktiviti mengayuh basikal lebih seronok dengan membawa ahli keluarga atau kawan-kawan di taman rekreasi atau kawasan lapang yang sesuai.



Tip 2 - BERJALAN KAKI

Yes!! Ini paling basic dan amat sesuai untuk semua. Manjakan diri anda untuk menggunakan aset kaki anda yang sungguh bernilai itu untuk bergerak ke destinasi anda. Contohnya, kalau destinasi yang ingin dituju itu dekat sahaja, seeloknya berjalan kaki lah. Takkan asyik naik kereta saje kan? Jimat minyak, jimat 'parking ticket' tapi yang paling penting... BAKAR KALORI. Dikatakan berjalan selama 15 minit dapat membakar 100 kalori anda.



Tip 3 - VIDEO SENAMAN

Ini rekemen skit la kalau dapat. Luangkan 15 minit untuk satu sesi, 4 - 5 sesi setiap minggu. Pilih jenis senaman yang anda senang ikuti. Contoh yang feymes sekarang ialah Zumba. Kalau ada bajet, pergi lah ikut kelas. Lebih meriah dan dapat jalin hubungan baru dengan rakan baru. Dapat kawan baru + Bakar Kalori = Anda Sihat


Tip 4 - TALI SKIPPING

Nampak simple, tapi sebenarnya senaman ini sangat efektif kerana bukan saja anda membakar kalori. Dengan skipping saja, anda boleh turunkan berat badan anda dan percaya atau tidak anda boleh 'shape' kan bentuk badan anda kerana aktiviti pergerakkannya melibatkan seluruh badan. Di samping itu, senaman jenis ini menguatkan jantung dan juga paru-paru. 

Harga tali skipping pun bukannya mahal sangat dan ringan untuk dibawa kemana-mana. Walaupun begitu, sebelum memulakan senaman dengan mengunakan tali skipping, dinasihatkan agar buat 'stretching' atau regangan badan terlebih dahulu. Takut kejang otot atau 'salah urat'.

Jangan terkejut semasa bermula skipping anda berasa amat sukar sekali untuk habiskan 15 minit. Namun anda pasti akan terkejut apabila badan anda berasa lebih ringan setelah bersenam dengan kaedah ini.


Alrights.  Pasni boleh la cuba. Semoga berjaya pembaca dihormati.

1 ulasan:

Post Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Rakan Blogger Yang Lain