28 Dis 2012

Cara nak jimatkan Petrol Kenderaan?




Harga petrol sekarang tinggi. Jadi tentu kita tidak mahu dibebani dengan kos yang tinggi sekadar untuk mengisi petrol pada kenderaan anda setiap kali tangki hampir kosong.

Walaupun begitu, terdapat beberapa langkah yang kita boleh ambil agar penggunaan setiap titik petrol yang kita isi dapat dioptimumkan penggunaannya.


Tips nya :

1) Sentiasa servis kenderaan anda tepat pada masanya.
Mengapa: Kenderaan dengan enjin yang efisien dapat mengoptimumkan penggunaan minyak petrol justeru menjimatkan penggunaan minyak.
  
2) Selalu periksa tayar dan penjajaran tayar
Mengapa: Tayar yang botak atau tidak sejajar menyebabkan lebih geseran pada permukaan tayar dan jalan raya. Lebih geseran akan menggunakan lebih petrol.

3) Pemanduan Berhemah - Jangan Selalu MEMECUT
Mengapa: Memecut kenderaan dengan laju sekiranya tidak perlu cuma membazirkan petrol. Ini adalah kerana pecutan memerlukan tenaga lebih dan untuk itu, enjin kenderaan akan perlukan lebih banyak petrol untuk menghasilkan kuasa pecutan.


Apapun layan  Jimatkan Petrol - Versi Troll



  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...