6 Dis 2012

Fear Factor Selebriti Malaysia




Seramai 30 selebriti Malaysia yang yang menyertai program realiti TV terbaharu terbitan Astro, Fear Factor Selebriti Malaysia berjaya mengharungi cabaran yang paling ditakuti oleh mereka.

30 orang artis yang terbabit dalam program ini dan telah dipecahkan kepada 15 kumpulan. Antara selebriti yang menyertai Fear Factor Selebriti Malaysia ini adalah Ezlynn dan Nik Micheal, Roslan Shah dan Azam Pitt, Elfira Loy dan Ajak (Shiro Raja Lawak), Gambit Saifullah dan Aliff Hadi, Akim AF dan Farish Aziz, Johan Ashaari dan Kaka, Dafi dan Zoey, Didie Alias dan Norisham Ismail serta Mejar Dr. Faiz dan Jehan Miskin. Aaron Aziz akan menjadi hos Fear Factor Selebriti Malaysia.

Sebelum mengharungi cabaran tersebut, kesemua selebriti terbabit perlu menyenaraikan tentang apakah yang membuatkan mereka dilanda ketakutan.

Penggambaran dibuat selama sebulan di Cape Town, Afrika Selatan. Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli, Fear Factor Selebriti Malaysia telah diubah suai serta diberi nafas baharu mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.

Pemenang utama akan menerima wang tunai sebanyak RM200,000 manakala pemenang bagi cabaran mingguan pula bakal menerima wang berjumlah RM10,000.

Fear Factor Selebriti bakal ditayangkan bermula 29 Disember ini sebanyak 13 episod di Astro Ria, saluran 104.

Ia akan ditayangkan setiap hari Sabtu pada pukul 9 malam.

Sumber Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...