17 Dis 2012

R.I.P. Sandy Hook Elementary School

Gambar-gambar mangsa insiden tembakan beramai-ramai


Dunia dikejutkan dengan insiden pembunuhan beramai-ramai di sekolah rendah Sandy Hook, Newtown (Connecticut). Dalam insiden ini, seramai 20 kanak-kanak dan 6 dewasa telah terbunuh dalam insiden tembakan beramai-ramai yang berlaku di perkarangan sekolah Sandy Hook. 

6 orang dewasa yang terbunuh terdiri daripada pengetua dan pendidik di sekolah tersebut. Tragisnya, ke enam-enam mereka terbunuh kerana cuba untuk menyelamatkan lebih ramai kanak-kanak daripada menjadi mangsa. Salah seorang daripada mereka sanggup mengunakan tubuh sendiri untuk menjadi pelindung peluru daripada mengenai kanak-kanak yang lain.

Pemeriksa kesihatan telah mengesahkan bahawa semua mangsa telah ditembak dalam jarak yang dekat. Apa yang mengejutkan, setiap mangsa menerima antara 3 hingga 11 das tembakan. Suspek yang juga dikenali sebagai Adam Lanza turut membunuh ibunya sebelum memandu ke sekolah berkenaan dan kemudiannya menembak diri sendiri di kediaman ibunya.

Marilah kita berdoa semoga roh-roh mangsa insiden ini dapat bersemadi dengan aman. Bersyukur kerana kita sekarang tinggal di bumi Malaysia yang aman dan damai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...