KLANG: Sebuah
video youtube selama lebih 8 minit yang memaparkan seorang lelaki menampar,
menumbuk dan menendang seorang budak berusia 3 tahun telah tersebar secara
meluas di laman sosial Facebook. Budak tersebut dilihat telah diangkat dan
ditumbuk dibahagian belakang sebelum dicampakkan di lantai berulang kali.
Lelaki
berusia 32 tahun yang juga merupakan ayah tiri kepada anak tersebut telah
dirakam memukul budak tersebut berulang kali tanpa sebarang belas kasihan.
Rakaman
tersebut telah dikongsi lebih dari
18,000 pemilik akaun Facebook. Ribuan pemilik akaun berasa amat marah dengan
tindakan lelaki tersebut dan telah meminta agar pihak berkuasa untuk mengambil
tindakan secepat mungkin terhadap lelaki tersebut. Hasil daripada laporan
individu, lelaki tersebut telah ditangkap dan ditahan untuk soal siasat.
Menurut Ketua
Polis Klang Utara, Supt Jani Ahmad, lelaki tersebut yang merupakan seorang
mekanik telah ditahan di rumahnya. Beliau juga menyatakan bahawa budak tersebut
telah mendapat rawatan susulan kerana kecederaan pada kepala dan badan di
Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Hasil
Pemeriksaan doktor menunjukkan bahawa kecederaan yang terdapat pada budak
tersebut adalah sekurang-kurangnya 2 bulan yang lepas. Pihak polis masih lagi
tidak dapat mencari ibu kepada budak itu. Sementara itu, siasatan masih
dijalankan untuk mengetahui bila dan siapa yang mengambil rakaman tersebut.
Sumber
maklumat: The Star, 13.12.2012
P/S: Walaupun
anak tiri, tetapi budak itu juga adalah manusia yang biasa. Apatah lagi seorang
budak yang baru berusia 3 tahun yang masih baru mengenal dunia ini. Walau apa sekali
alasan pun, tindakan sedemikian bukanlah satu perkara yang wajar. Sedangkan
haiwan juga ada perasaan belas kasihan, inikan pula manusia. Sama-sama kita
ambil iktibar dari perkara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan