6 Dis 2012

Taufan Bopha mengorbankan 283 orang dan ratusan lagi dilaporkan hilang




Pada 5 Disember 2012 yang lalu, Filipina telah dikejutkan dengan Taufan Bopha yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 283 orang dan ratusan lagi dilaporkan hilang.

Taufan Bopha yang dianggarkan berkelajuan pusat 120km/j dan bergerak pada kelajuan 150 km/j telah memusnahkan pusat-pusat peranginan pantai dan kawasan-kawasan menyelam di Kepulauan Palawan.

Hubungan jalanraya terputus dan helikopter digunakan bagi membolehkan bantuan sampai kepada mangsa.

Ini diburukkan lagi dengan kerosakan besar pada kawasan pertanian dan juga kemudahan infrastruktur sedia ada.

Setiap tahun, dianggarkan lebih kurang 20 taufan melanda Filipina yang mengakibatkan kematian dan juga kemusnahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...