19 Jan 2013

Rebat RM200 Pembelian Telefon Pintar (3G)




Syukur kepada kerajaan kerana memberikan rebat sebanyak RM200 kepada belia dalam program 1 Telefon Pintar : 1 Belia yang telah diluluskan peruntukan pada Belanjawan 2013 yang lalu.

Apapun, bagi yang berminat dan memerlukan rebat tersebut, semak samada anda layak. Berikut syarat-syarat untuk membolehkan anda menikmati rebat tersebut:


Syarat-Syarat Rebat RM200 Telefon Pintar (3G) Dalam Pakej Komunikasi Belia

- Warganegara Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun
- Pendapatan bulanan RM3000 ke bawah
- Pilihan model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500..
- Rebat adalah hanya sekali sahaja.
- Untuk langanan baru dan sedia ada bagi pengguna jalur lebar sedia ada.

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia

Permohonan boleh dibuat secara online di portal Suruhanjaya Komunikasi Malaysia



Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia bermula 1 Januari 2013 – 31 Disember 2013


P/S: Hanya kepada yang memerlukan sahaja. Kalau nak beli model yang high end, kenalah extra budget 100% ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...