6 Feb 2013

Anak Perempuan Bertanya Soalan Orang Dewasa?




Kisah seorang anak perempuan yang baru masuk tadika bertanya kepada ibunya.

‘Ibu, ibu? Sex itu apa ibu?’..


Terkejutlah si ibu.. Terasalah akan arus kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yang sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya tidak akan tertinggal dalam arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara dirinya dan suaminya dari zaman universiti lagi sehinggalah kepada kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yang bertanya itu..

Selepas begitu panjang lebar dan teliti memberikan jawapan, secara tiba-tiba si anak menangis teresak-esk.. Si ibu kehairanan dan bertanya mengapa dia bersikap seperti itu.Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan ibu tu panjang sangat, ruangan jawapannya pendek saja ni…sambil menyerahkan buku latihan yang tertulis depannya kulit buku..


NAME:………..
SEX:…………
CLASS:……….
SUBJECT:……….


P/S: Hehehe. Kadang-kadang kita mengandaikan sesuatu yang mudah dengan cara yang sukar sehingga hasilnya tidak menepati matlamat sepatutnya.



4 ulasan:

  1. Huhuhu.. kesian si anak tu kan....

    BalasPadam
  2. hhehhe...saya baca cerita nie pun ketawa...

    mselim3

    pls: sebenarnya kita x pernah nak siasat dari mana anak2 dapat perkataan tu,,heheh

    BalasPadam

Post Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...