31 Dis 2013

Permohonan BR1M 3.0 Tahun 2014


Syarat – syarat Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 3.0

Keluarga (RM650)
1. Pendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan
2. Rakyat Malaysia

Keluarga (RM450)
1. pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan
2. Rakyat Malaysia
3.Tambahan caruman i-BR1M bernilai RM50 menjadikan jumlah keseluruhan BR1M sebanyak RM500.

Individu (RM300)
1. Pendapat sebulan RM2,000 kebawah.
2. Rakyat Malaysia
3. Berumur 21 tahun ke atas.
4. Tidak termasuk pelajar yang menerima bantuan baucar buku 1Malaysia (BB1M)

Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah.
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama).
  • Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau sebelumnya, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M yang seterusnya.

Bagi penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.

Makluman Pendaftaran BR1M 2014

1. Dimaklumkan bahawa BR1M 2014 akan bermula pada 23 Disember 2013 (Isnin).
2. Pendaftaran boleh dilakukan secara online melalui laman web www.hasil.gov.my.
3. Manakala pendaftaran secara manual boleh dihantar ke mana- mana Pejabat LHDNMberhampiran.
4. Pembayaran BR1M 2014 dijangka akan mula dibuat pada Februari 2014.
5. Untuk pertanyaan lanjut pemohon boleh menghubungi Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716.

Cara memohon 

1. Untuk aplikasi melalui borang, anda boleh dapati borang Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
2. Download/Muat turun-Borang BR1M 3.0

1 ulasan:

Post Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...