27 Dis 2012

Pelaburan: Risiko, Selamat & Menguntungkan?




Pelaburan? Apa yang kita semua faham apabila menyentuh mengenai pelaburan? Definisi yang saya boleh simpulkan walaupun baru berkecimpung hampir 8 tahun dalam dunia pelaburan secara online mahupun offline ialah, pelaburan mampu menghasilkan pulangan atau pendapatan sampingan sekiranya anda menggunakan teknik yang betul dalam meminimum kerugian dan memaksimumkan keuntungan.

Kesilapan yang sering dibuat oleh pelabur baru ialah, ramai yang menganggap apabila membuat sebarang bentuk pelaburan, confirm memang boleh buat duit. Ya. Pelaburan memang mampu hasilkan duit. Tetapi samada anda mampu untuk mencapai level untuk buat keuntungan, itu bergantung pada usaha anda juga. Seringkali kita mendengar cerita-cerita negatif dari pelabur yang gagal. Ada yang tak pulang walau sesen pun modal. Mahu atau tidak, itulah realiti dunia pelaburan.

Rata-rata ramai yang mengemari pelaburan jenis pasif kerana dipercayai pelaburan sebegini mampu menghasilkan pulangan tanpa sebarang usaha. Persoalannya. adakah bentuk program sebegini yang wujud? Acap kali di war-warkan pelaburan berbentuk pasif di halaman internet menyatakan bahawa anda boleh membuat duit hanya dengan melabur tanpa usaha. Jawapan saya. YA. Program tersebut memang ada. Sedihnya majoriti adalah skim MLM, piramid ataupun ponzi. Tidak dapat dinafikan, ada yang telah berjaya dalam program sedemikian.  Namun bilangan yang tidak berjaya adalah jauh berganda-ganda. 

Walaupun begitu, jangan lah gentar apabila menyentuh mengenai pelaburan. Saya bagi contoh satu bentuk pelaburan yang mudah tetapi risiko rendah. Biasa dengar ASB atau ASN? Bentuk pelaburan ini boleh lah kita kategorikan sebagai pelaburan yang selamat dan pasif. Tak payah nak belajar detail sangat pun dah boleh buat investment jenis ini.

Terdapat juga pelaburan yang sangat menguntungkan namun perlukan modal besar serta perincian yang sangat tinggi. Contoh? Forex, Emas dan Hartanah. Sebaiknya fahami dan pelajari terlebih dahulu strategi yang bersesuaian dengan diri anda terlebih dahulu sebaiknya melabur dalam amaun yang kecil terlebih dahulu untuk menyediakan diri anda apabila anda ingin memulakan pelaburan anda dengan lebih serius dalam erti kata lain, pelaburan dengan amaun yang besar.



Apapun, golden rules kalau nak melabur ini ialah :

1) Labur wang yang anda mampu RUGI sahaja.
Mengapa? : Kalau dah set amaun yang anda mampu rugi, tatkala pelaburan yang anda dah buat tiba-tiba  tak menjadi, sekurangnya anda tak lah frust sangat dengan kerugian tersebut.

2) Jangan labur kesemua wang simpanan kecemasan anda
Mengapa? : Dikhuatiri tatkala pelaburan anda mengalami kerugian, bayangkan nak makan apa kalau dah la pelaburan hangus. Duit nak makan pun tiada. Elakkan sama sekali.

3)Jangan letak semua telur yang anda ada dalam satu raga sahaja.
Mengapa? : Bayangkan telur yang diletak di dalam raga itu tiba-tiba terjatuh. Semua telur pecah yang akhirnya menyebabkan anda rugi keseluruhan. Laburkan duit anda dalam pelbagai bentuk pelaburan. Pelbagaikan. Contohnya labur dalam 5 jenis pelaburan. Katakan 1 dari pelaburan anda mengalami kerugian. Sekurang-kurangnya ada 4 lagi pelaburan yang dapat cover balik kerugian tersebut. Kerugian dapat diserap dan anda masih mampu membuat untung. 


Sebenarnya ada banyak lagi yang perlu kita ketahui sebelum memulakan perjalanan anda sebagai seorang pelabur. Apa yang saya kongsikan cuma sedikit sahaja. Walau bagaimanapun diharap sedikit sebanyak maklumat ini dapat membantu anda untuk merancang sekiranya anda berminat untuk meceburkan diri dalam dunia pelaburan. Semoga berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Terkini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...